Thursday, March 11, 2010

5

5 perkara jerrrrr.....

Lima perkara yang kita semua nak dan betul-betul usaha untuk dapatkannya:-

1.Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak

3. Kesihatan yang baik
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Wah, siapa yang tak nak semua tu. Semua orang pun betul-betul nak perkara-perkara di atas dan saya jugak percaya yang kamu semua dah usaha bermacam-macam cara untuk dapatkan semua perkara ni kan? Tapi, ada cara yang paling mudah. Tak guna banyak belanja dan masa. 25 minit je setiap hari. Nak tau apa dia? Kata Nabi Muhammad saw

Siapa yang tinggalkan solat Subuh ~ tiadalah
padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan

Solat Zohor ~ tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barangsiapa yang tinggalkan

Solat Asar ~ tiadalah padanya kekuatan tubuh badan dan siapa yang tinggalkan

Solat Maghrib~tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan


Solat Isyak ~ tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Jadi, kalau nak dapatkan lima perkara di atas ma
ka tunaikanlah solat 5 waktu. Tanpa solat, runtuhlah agama kerana solat itu adalah tiang agama dan solat merupakan perkara yang pertama dan paling utama akan dihisab.


Thursday, March 4, 2010

"Langit Tak Selalu Cerah"

Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang.Namun kegagalan datang jua.
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah.Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan gagal itu datang.
Namun...
Gagal bukan bererti kalah.
Gagal bukan bererti gagal selamanya.
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita.
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.


Peredaran zaman terus kehadapan.
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat.
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan.
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Derita merindu itu terkadang dapat dirasai.
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik.
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis.
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan.
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya.
Sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa.Namun gagal itulah momentum kepada KEJAYAAN.

Kemana Arah Kita...?


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Al-Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yang lengkap, yang syumul, yang merangkumi setiap realiti hidup. Jadi islam itu adalah negara dan tanahair ataupun pemerintahan dan ummah.

Dia adalah akhlak dan kekuatan serta rahmah dan keadilan, dia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun ilmu dan kehakiman, dia adalah mata benda dan harta ataupun usaha dan kekayaan, dia adalah jihad dan dakwah ataupun tentera dan fikrah sebagaimana dia sebagai aqidah dan ibadah.

Dalam dasar pertama dari RUKUN FAHAM oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna rahimahullah.

Penghayatan Islam sebagai satu nizam hidup menjadi kewajipan setiap peribadi muslim untuk diterjemahkan.

Untuk merealisasi cita-cita ini, terdapat beberapa cabaran kepada individu yang menjadi pendokong cita-cita tersebut.

Mesti menjadi contoh dan teladan yang baik. Bererti menunaikan segala rukun Islam, mengikuti Sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi segala perkara yang syubahat atau yang samar-samar, menjauhi segala yang haram, sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara. Dalam rumahtangganya, ahlinya mestilah beriltizam dengan segala ajaran Islam serta menjaga adab-adabnya.

Ikhlas serta bertawakkal kepada Allah. Agar seruannya dapat menembusi dan menawan hati yang diseru. Bererti setiap pertuturan, bergerak dan berjalan, serta tingkah-lakunya tiada kepentingan lain semata untuk Islam.

Luas pembacaan, mengikuti segala peristiwa, pergolakan, perkembangan suasana dan semasa serta mengetahui aliran-aliran pemikiran semasa. Lantas mampu mengemukakan Islam dengan baik, terang, jelas, mudah difahami dan menarik agar dapat membaiki suasana ditengah gelombang kesesatan dan tidak sebaliknya.

Firman Allah;

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". (surah An Nahl:125)

Berusaha memahami taraf, kedudukan, tingkatan akal dan pemikiran orang yang diseru.Tahu serta bersifat objektif agar tidak mensia-siakan.

Mulakan seruannya dengan menekan masaalah aqidah dan iman. Bermula beriman kepada Allah sehingga Islam itu adalah satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna. Jelaslah Aqidah Islamiah itu menjadi asas kepada pembentukan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagaimana contoh yang telah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. bagi menyelamatkan manusia daripada azab neraka. Baginda sentiasa bersabar diatas gangguan dan siksaan keatas baginda malah sentiasa berdoa, sabdanya:

“Wahai Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Ingatlah! Ini adalah amanah yang besar, bilangannya sedikit, laluannya penuh cubaan dan rintangan lantas sentiasalah bermunajat kepada Allah. Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata;

Jadilah kamu dengan manusia itu seperti sepohon pokok buah-buahan, mereka melemparnya dengan batu dan dia (pokok) melemparkan kepada mereka dengan buahnya".
Setiap dari kita mahu menjadi baik diantara yang terbaik.
Tapi bagaimana mahu menjadi baik diantara yang terbaik?
Bolehkah sekadar usaha?
Terkadang kita lupa.
Disebalik usaha yang dilakukan kita tidak selitkan sesuatu yang amat penting.
Apa yang penting itu?
Ya itulah doa dan tawakkal(berserah kepada Allah selepas berusaha)
Inilah kunci kejayaan kita.

Allah Maha Mengetahui,Maha Besar,Maha Pemurah
Sesuatu itu tidak akan terjadi dengan izinNya.


Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Melain yang beriman dan beramal soleh.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Biarlah kesilapan hari ini menjadi pengajaran kepada kita buat selamanya.
Congaklah apa yang dihadapan kita dengan baik.
Kegagalan sebelum kejayaan adalah manis.
Bukan senang nak senang.
Hidup mesti berani untuk gagal!

Sekolah 5 BINTANG!

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.

Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.

"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.

"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.

Ditanya mengenai pelbagai pelaksanaan label sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah kluster, sekolah berasrama penuh (SBP), beliau berkata perkara tersebut tidak membawa banyak perbezaan.

"Apa yang membezakan hanya program yang dikhususkan kepada sekolah tersebut sahaja.

"Pada dasarnya hanya terdapat tiga jenis sekolah asal iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal dan sekolah swasta sahaja," katanya.

RENUNGAN

Kita tidak dilahirkan terus,
  • berjaya. bahagia. pandai. menang...
Kita juga tidak dilahirkan terus
  • gagal. menderita. kecewa. kalah...

TETAPI KITA MEMPUNYAI POTENSI
UNTUK KEDUA-DUANYA

Wednesday, March 3, 2010

KaunselinG


Disini saya ingin menerangkan sedikit tentang definisi kaunseling...
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Jadi disini saya ingin menyeru jika terdapat para pelajar di luar sana yang mempunyai masalah bolehlah berjumpa dengan kaunselor sekolah anda... "tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan selagi kita mencuba" ;)

StreSS??

Salam satu Malaysia..
Saya baru-baru ini agak sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk update blog ini.. kadang2 terasa juga stress sbb dalam minggu ni je kena submit 8 lapan assignment sekaligus. Namun mujurlah pada hari sabtu lalu saya ada melakukan kaunseling kelompok. Sebelum saya terlupa, saya ingin beritahu bahawa saya sekarang sebenarnya pelajar semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Saya menuntut dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling.

Ok saya ingin sambung apa yang telah dibincangkan semasa sesi kelompok diadakan pada sabtu lalu. Banyak maklumat yang saya peroleh untuk menangani stress berdasarkan sesi tersebut, terdapat antara ahli yang memberitahu bahawa mereka akan cuba menyiapkan tugasan dengan awal, ada yang memberitahu dia akan menangis, tidur, bermain game, berfikiran rasional, relaks dan pelbagai lagi cara mengikut individu masing-masing.

Namun saya tertarik dengan pandangan salah seorang ahli ini berkaitan menangani stress dalam menyiapkan tugasan. Dia memberitahu bahawa dia akan memulakan harinya dengan senyuman iaitu apabila dia bangun dia akan senyum pada diri sendiri supaya harinya itu akan berada dalam keadaan ceria. ;) Pada waktu malam pula dia akan mencatat apa yang akan dilakukan pada pagi besoknya. Apabila tugas itu telah disiapkan, maka dia akan menandakannya. Maknanya disini dia mempunyai perancangan yang teratur supaya tugasan yang diberikan tidak akan membebankannya dan tidak akan mendatangkan stress kepada dirinya. Selain itu juga akan dapat mengelakkannya daripada melakukan tugasan last minute.


Cuba tangani stress sebaik mungkin




SMILE ALWAYS ;)





Thursday, February 25, 2010

35 Petua-Petua dan Ciri-Ciri yang ada pada Pelajar Cemerlang oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
* duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
* memberikan tumpuan sepanuhnya
* menggunakan jari telunjuk untuk membaca
* menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
* cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
* siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
* duduk tegak dikerusi yang selesa
* baca doa penerang hati
* baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
* fikir dan ingat kembali isi utama
* catat/lakar
* semak semula ketepatan maklumat
* ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
* buat rumusan
* jawab soalan
* tampal maklumat yang rumit di dinding
* baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
* Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
# tampal nota-nota penting di dinding
# tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
# gunakan kaedah akronim
# reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
# pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
* mempunyai jadual belajar
* patuh kepada jadual
* buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
* taat kepada Allah
* mendirikan sembahyang
* menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
* hormati & sayangi guru
* bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
* suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
* membantu rakan yang memerlukan
* berdoa dan bersyukur kepada Allah
* sentiasa bertawakal
* mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

REJAYA

Salam satu Malaysia... Pertama sekali saya ingin menjelaskan tentang tajuk blog saya iaitu REJAYA. Mesti ramai yg tertanya2 apa maksudnya kan? senang saja ia merujuk kepada Remaja Berjaya.. ;) kenapa remaja?? kerana waktu remaja adalah waktu yg mencabar untuk melaluinya. Pelbagai godaan dan cabaran akan ditempuhi dalam jangka masa ini.

Walaupun saya sudah meningkat dewasa, namun saya harapkn remaja diluar sana akan berhati-hati meniti hari-hari remaja ini. Jika tersilap langkah pasti membawa padah! Oleh itu hayatilah kata2 KEMANISAN dinikmati melalui KEPAHITAN yang dirasai itu kerana ianya membawa maksud yang mendalam bagi menempuh kejayaan dimasa akan datang. Jadi fikir2kanlah...