Salam satu Malaysia..
Saya baru-baru ini agak sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk update blog ini.. kadang2 terasa juga stress sbb dalam minggu ni je kena submit 8 lapan assignment sekaligus. Namun mujurlah pada hari sabtu lalu saya ada melakukan kaunseling kelompok. Sebelum saya terlupa, saya ingin beritahu bahawa saya sekarang sebenarnya pelajar semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Saya menuntut dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling.
Ok saya ingin sambung apa yang telah dibincangkan semasa sesi kelompok diadakan pada sabtu lalu. Banyak maklumat yang saya peroleh untuk menangani stress berdasarkan sesi tersebut, terdapat antara ahli yang memberitahu bahawa mereka akan cuba menyiapkan tugasan dengan awal, ada yang memberitahu dia akan menangis, tidur, bermain game, berfikiran rasional, relaks dan pelbagai lagi cara mengikut individu masing-masing.
Namun saya tertarik dengan pandangan salah seorang ahli ini berkaitan menangani stress dalam menyiapkan tugasan. Dia memberitahu bahawa dia akan memulakan harinya dengan senyuman iaitu apabila dia bangun dia akan senyum pada diri sendiri supaya harinya itu akan berada dalam keadaan ceria. ;) Pada waktu malam pula dia akan mencatat apa yang akan dilakukan pada pagi besoknya. Apabila tugas itu telah disiapkan, maka dia akan menandakannya. Maknanya disini dia mempunyai perancangan yang teratur supaya tugasan yang diberikan tidak akan membebankannya dan tidak akan mendatangkan stress kepada dirinya. Selain itu juga akan dapat mengelakkannya daripada melakukan tugasan last minute.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment